Hi to Everyone

Kini PatchesofLove.com tampil dengan konsep blog di mana kami akan sentiasa memberi info terkini dalam dunia jahitan. Pelbagai jenis seni akan dikongsi bersama selain dari jualan produk-produk hasil buatan ahli-ahli Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK)

Our Product???

Grab our special handmade product with love. Click HERE to view.

Sunday, August 9, 2009

Apa itu patchwork?

Beg tangan bermotifkan patchwork di permukaannya

Patchwork merupakan satu seni cantuman yang menggunakan acuan atau cantuman kain yang kecil untuk menghasilkan sesuatu motif atau corak.

Pada zaman dahulu, disebabkan kekurangan bahan mentah dan untuk menjimatkan wang, pakaian lama dijahit menjadi selimut untuk menahan diri daripada kesejukan. Daripada hasil kerja tangan ini kita dapat membuktikan sikap wanita zaman dahulu yang suka berjimat cermat, tabah, sabar, kreatif dan bijaksana.
Teknik patchwork berasal dari perkembangan penggunaan jarum dan benang oleh manusia. Teknik ini telah digunakan dengan meluasnya di Mongolia, Mesir dan India. Seni patchwork ini dapat dilihat pada baju sejuk, selimut, permaidani, dan sebagainya. Terdapat banyak cerita yang berlainan versi mengenai sejarah kewujudan seni patchwork ini.

Pada kurun ke 12, penghijrah Mongolia menggunakan teknik patchwork untuk menghasilkan baju supaya dapat memanaskan badan ketika musim sejuk yang melampau pada masa itu. Ini membolehkan tentera-tentera Mongolia menggunakan baju ini untuk menahan diri dari kesejukan ketika menentang tentera-tentera dari barat. Secara tidak langsung telah membantu tentera Mongolia mencapai kemenangan dalam peperangan tersebut.

Seni patchwork juga telah berkembang ke negara Barat. Masyarakat barat pada mulanya hanya menjahit patchwork pada baju peperangan tetapi akhirnya telah mengaplikasikan seni ini pada topi, baju, cadar, langsir dan bahan keperluan yang lain. Pada masa itu, bahan yang biasanya digunakan untuk menghasilkan patchwork ialah bulu dan rami. Sehingga kurun ke 15 barulah kapas digunakan. Teknik patchwork juga bertambah maju di mana hiasannya lebih menarik dan terdapat pelbagai teknik sulaman yang digunakan. Itulah sebabnya, seni patchwork digunakan dengan meluasnya untuk pakaian, selimut dan sebagainya.

Pada kurun ke 17, para penganut agama yang tidak diterima oleh kerajaan England telah berhijrah ke New World (Amerika Syarikat) untuk meneroka kawasan baru. Mereka juga telah membawa masuk teknik patchwork ke tanah baru ini. Disebabkan faktor kemiskinan dan kesejukan, kaum wanita telah menggunakan kain-kain lama yang tidak digunakan dan dicantumkan untuk dijadikan bahan-bahan keperluan asas. Selain itu, kaedah gotong royong digunakan untuk menyiapkan projek yang besar. Usaha ini telah mengeratkan lagi hubungan persahabatan sesama mereka . Pada masa itu, mereka telah menyimpan kain-kain mahal yang diimport dan tidak digunakan, dengan campuran bahan bulu dan rami, mereka memotong kain-kain ini dalam pelbagai bentuk seperti segi empat, segi tiga, bentuk rombus dan mencantum kain-kain tersebut. Dari situlah telah wujudnya beribu-ribu corak patchwork. Dan disinilah berasalnya nama patchwork .

No comments:

Post a Comment

Direktori