Hi to Everyone

Kini PatchesofLove.com tampil dengan konsep blog di mana kami akan sentiasa memberi info terkini dalam dunia jahitan. Pelbagai jenis seni akan dikongsi bersama selain dari jualan produk-produk hasil buatan ahli-ahli Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK)

Our Product???

Grab our special handmade product with love. Click HERE to view.

Monday, August 10, 2009

Ada apa dengan Stained Glass?



Istilah stained glass merujuk kepada bahan kaca yang diwarnakan atau seni membuat corak di atas permukaan kaca.

Sepanjang sejarah seribu tahun, istilah stained glass merujuk kepada tingkap gereja dan bangunan-bangunan yang ternama. Sebagai tradisi, stained glass dibuat secara leper dan digunakan pada tingkap sahaja, namun terdapat juga pelukis moden stained glass yang meliputi binaan tiga dimensi.

Sebagai bahan, istilah stained glass secara am merujuk kepada kaca yang telah diwarnakan dengan menggunakan garam berlogam semasa pembuatannya. Kepingan kaca yang berwarna ini disusun untuk membentuk corak atau gambar yang menarik. Kepingan kaca ini dicantum dengan menggunakan jalur-jalur plumbum dan dikepong dengan satu bingkai yang tetap. Mungkin warna dan corak dilukiskan untuk meningkatkan lagi kualiti coraknya. Istilah stained glass juga bermaksud tingkap yang telah diwarnakan dan kemudian dikeraskan dengan api.

Stained glass sebagai seni kraftangan, memerlukan kemahiran estetika untuk menghasilkan corak dan kemahiran kejuruteraan untuk memasang kepingan hiasan, biasanya tingkap, supaya padan dengan rangka tingkap. Jika tingkap itu besar, pemasangan stained glass itu mesti sesuai dan boleh menanggung berat kaca yang digunakan dan juga menahan unsur-unsur cuaca yang ekstrim.

Terdapat banyak tingkap yang telah dijumpai dalam keadaan yang masih baik sejak Zaman Pertengahan. Di Eropan Barat, sebahagian besar seni bergambar yang masih kekal dalam keadaan sempurna ialah stained glass.

Dalam konteks ini, tujuan tingkap stained glass adalah untuk mengawal kadar kemasukan cahaya ke dalam bangunan dan bukan untuk membenarkan cahaya masuk ke dalam bangunan.

Corak tingkap bangunan beragama mungkin merangkumi cerita kitab Injil, sejarah atau kesusasteraan zaman atau mewakili tokoh-tokoh suci. Ia mungkin mempunyai motif simbolik, terutamanya berkenaan dengan asal usul dan lambang negara.

Tingkap-tingkap dalam bangunan biasanya bertema. Contohnya dalam gereja, terdapat episod-episod kehidupan Jesus Christ, dalam bangunan Parlimen, logo-logo kawasan atau lambang negara, dalam dewan universiti terdapat lukisan yang mewakili sastera dan sains, atau di rumah-rumah kediaman lukisan dan imej grafik bergaya seni atau sastera.

No comments:

Post a Comment

Direktori